Kabinet Suga Toshimitsu Motegi

Perdana Menteri Yoshihide Suga mengekalkan Motegi sebagai Menteri Luar Negeri selepas menjawat pada 16 September 2020. Oleh kerana Suga terkenal dengan kelemahanya dalam urusan luar negeri, ini memberikan Motegi kesempatan untuk membangun reputasi dan namanya, sambil mengekalkan inisiatif dasar luar yang dimulakan di bawah pemerintahan Abe.[11]

Pada Oktober 2020, Motegi bertemu dengan Setiausaha Perdagangan Antarabangsa UK, Lizz Truss untuk menandatangani perjanjian perkongsian ekonomi dua hala yang dianggarkan akan meningkatkan eksport Britain ke Jepun sebanyak 17.2% (¥355 bilion) dan eksport Jepun ke Britain sebanyak 79.9% (¥1.775 trilion) dalam 15 tahun, berbanding tahap 2019. Dalam pakej perdagangan, tarif import Britain dijangka berkurang hingga 60% untuk daging lembu Kobe, 31% untuk makanan ringan coklat Jepun Pocky, 22% untuk tuna sirip biru, 13% untuk mi Udon, dan 6% untuk kicap.[12]

Rujukan

WikiPedia: Toshimitsu Motegi http://www.japantimes.co.jp/cabinet/cabinet.html?f... http://www.motegi.gr.jp/ http://isni.org/isni/0000000030798739 https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-02-02... https://www.nbcnews.com/news/world/world-leaders-u... https://asia.nikkei.com/Politics/Abe-to-pick-trade... https://asia.nikkei.com/Politics/Inside-Japanese-p... https://id.loc.gov/authorities/names/n88105747 https://www.japantimes.co.jp/news/2019/08/22/busin... https://www.japantimes.co.jp/news/2020/10/24/busin...